Kebersihan Dan Keselesaan Keutamaan Kami

Total Pageviews

Terma Dan Syarat





Terma & Syarat

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami.

 

1.     Anda dibenarkan (check in) adalah pukul 2.00 petang, dan waktu keluar (check out) 12.00 tengahari. Check out yang lewat dari pukul 12.00 tengahari tidak dibenarkan jika anda penyewa lain yang akan menginap.

2.     Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.

3.     Sekiranya tempahan dibatalkan 7 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian anda kecuali wang cagaran  tidak akan dipulangkan. Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.

4.     Anda perlu bertanggungjawab menjaga keselamatan  dan barang-barang yang disediakan di dalam apartment.

5.     Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam apartment. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

6.     Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam apartment tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.

7.     Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.

8.     Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.

9.     Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman tetamu- tetamu berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar apartment agar tidak mengganggu penghuni lain.

 

 

NOTIS


PIHAK PENGURUSAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.


GVR CLUB HOUSE



LOCATION



GENTING HIGHLAND RESORT



































3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Ada kosong untuk hari jumaat ini?

    ReplyDelete
  3. Ada kekosongan utk 27hb ke 28hb dec utk family gathering ke..

    ReplyDelete